Ikan kerapu Kukus Berkicap
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu
300gm kacang hitam
100gm sos tiram
100gm stok ayam
100gm gula
150ml air
100ml minyak masak
50ml kicap pekat
200gm lada bengala merah / potong dadu
200gm lada bengala hijau / potong dadu
150gm bawang besar / potong dadu
Cara menyediakan:
Bersih dan hiriskan sederhana besar ikan kerapu. Kukus selama 3 minit dan ketepikan
Tumiskan lada bengala merah dan hijau dengan bawang besar hingga kekuningan. Masukkan kacang hitam dan tuangkan sedikit air. Masak selama 3 minit.
Kemudian masukkan pula stok ayam, sos tiram dan gula. Masak sehingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali, masukkan kicap pekat dan gaulkan rata. Hidangkan sos dengan ikan kerapu.
0Awesome Comments!