Tauhu Kukus



Tauhu Kukus


Bahan-bahan:

100gm tauhu lembut

100gm kacang pis dalam tin

1 batang lobak merah (potong dadu)

12mm halia (hiris)

5gm serbuk lada sulah

100ml air

5ml kicap pekat

Garam dan gula secukup rasa

Daun bawang untuk hiasan

 

Cara memasak:

Bersihkan tauhu. Potong tauhu kepada empat bahagian

Campurkan dengan semua bahan

Letakkan tauhu dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah dicampurkan tadi ke atasnya

Kukus selama 15-20 minit. Atau jika menggunakan ketuhar mikro, masak selama 4 minit.

Hias dengan daun bawang ketika hendak menghidang.