Biskut Coklat Enak
Bahan-bahan:
55gm walnut – cincang
55gm gula kastor
110gm tepung
85gm mentega
Bahan untuk hiasan:
30gm mentega
85ml air
30gm serbuk koko
100gm gula kastor
5ml esen vanilla
1gm garam
3 butir telur
100gm coklat masakan
Sedikit pistachio – sebagai hiasan
Cara membuatnya:
Campurkan walnut cencng bersama tepung, gula dan mentega. Biarkan hingga sebati
Uli hingga menjadi doh dan sejukkan seketika. Bakar pada suhu 180c sehingga kekuningan. Biarkan sejuk seketika
Sementara itu, panaskan mentega dan air. Tambahkan serbuk koko dan gula. Biarkan sejuk dan masukkan telur, esen vanilla dan garam
Letakkan dalam dulang dan bakar lagi hingga masak. Tuangkan coklat masakan di atas dan sejukkan. Letakkan pistachio sebagai hiasan.
0Awesome Comments!