Kek Cawan Cip Coklat
Bahan-bahan:
250gm mentega
250gm tepung naik sendiri
200gm gula kastor
50gm cip coklat
5 butir telur
2 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan halus
Masukkan telur satu persatu hingga kembang dan gebu
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
Setelah sebati masukkan cip coklat
Masukkan coklat emulco dan pukul hingga sebati
Tuangkan adunan ke dalam bekas cawan yang telah disediakan dan sedia untuk dibakar dengan suhu 160c selama 15-20 minit
Biarkan sejuk dan sedia dihidang.
0Awesome Comments!