Biskut Pandan Coklat
Bahan A
140gm mentega
60gm gula kastor
¼ sudu kecil perasa pandan
1/8 sudu kecil pewarna hijau
Bahan B (diayak bersama)
200gm tepung gandum
¼ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
Bahan C:
20gm coklat urai
20gm badam cincang – panggang
20gm emping jagung – ramas halus
Hiasan:
Coklat masakan & coklat hiasan biji kopi.
Cara menyediakan:
Pukul bahan (A) sehingga berkrim
Masukkan bahan (B&C), kacau rata sehingga menjadi doh
Griskan acuan tart & ambil 1 camca teh doh, masukkan ke dalam acuan tart
Panaskan dengan avon pada suhu 155c selama 15 minit.
Bila sudah sejuk, hiaskan dengan bahan hiasan.
0Awesome Comments!