Tauhu Telur Stail Sankong


Tauhu Telur Stail Sankong


Bahan A:

2 ketul tauhu telur atau tauhu

1 ulas bawang putih (hiris)

50gm gading ayam (potong kiub)

10 ekor udang bersaiz sederhana (buang kulit)

1 biji telur

2 tangkai daun bawang

250ml air

1 sudu teh tepung jagung (dibancuh)

Minyak untuk menggoreng

 

Bahan B:

1 labu bawang besar (hiris)

½ batang lobak merah (hiris)

4cm halia muda (hiris)

120gm bunga kubis atau bunga cina

 

Bahan C:

1 sudu makan sos soya

1 sudu makan sos tiram

Sedikit serbuk lada

Sedikit minyak bijan

 

Cara memasaknya:

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng tauhu sehingga warnanya keemasan

Toskan minyak dan ketepikan

Panaskan dua sudu makan minyak dan goreng bawang putih, ayam dan udang. Selepas itu bolehlah dimasukkan bahan C

Goreng selama beberapa saat dan bolehlah dimasukkan air

Kemudian masukkan bahan B dan biar ia mendidih sehingga cukup masak

Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya, daun bawang dan telur

Hidang ketika panas.