Rendang tauhu
Bahan-bahan:
2 keping tauhu keras
3 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang puith- kisar
1cm halia – kisar
1cm lengkuas - kisar
1 helai daun kunyit (hiris)
1 sudu makan kerisik
125 ml santan
½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga perang
Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya
Masukkan daun kunyit, kerisik, jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar. Kacau hingga sekata
Masukkan santan dan kacau hingga pekat. Salutkan kuah rendang pada tauhu goreng dan hidangkan.
0Awesome Comments!