Ayam Panggang Berkicap
Bahan-bahan:
500gm peha ayam / dibuang tulang
80gm bawang putih /cincang
70gm halia
100gm sos tiram
50gm lada hitam / kisar halus
100gm lobak merah / potong serong
100gm batang saderi / potong serong
200gm bawang besar / potong baji
100gm daun bawang
200ml kicap pedas agromas
Cara menyediakan:
Perap peha ayam dengan sedikit bawang putih dan sos tiram selama 1 jam
Kemudian ayam ini dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 35minit
Sementara itu tumiskan bawang putih, sos tiram dan kicap peda
Masukkan bawang besar, lobak merah dan saderi serta garam secukup rasa. Masak sehingga kuah sedikit pekat
Angkat dan tuangkan kuah di atas ayam. Taburkan hirisan daun bawang.
0Awesome Comments!