Biskut Kacang
Bahan-bahan:
600gm kacang – digoreng tanpa kulit & dihancurkan
600gm tepung
450gm gula aising
500gm minyak kacang atau sayuran
1 butir telur – dipukul untuk hiasan
Cara membuatnya:
Campurkan tepung, kacang, gula aising ke dalam bekas dan gaul sebati.
Masukkan minyak kacang dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan menjadi bebola kecil dan sapukan telur serta letakkan kacang diatasnya
Bakar pada suhu 180c selama 25 minit dan tunggu hingga kekuningan.
0Awesome Comments!