Tauhu Ma Po


Tauhu Ma Po


Bahan-bahan:

4 keping tauhu (potong dadu)

50gm ayam cincang

20gm daun bawang cina

3 sudu makan kicap

2cm halia (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

1 biji cili merah

Sedikit serbuk lada sulah

Sedikit minyak

 

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan halia hingga wangi

Masukkan ayam dan goreng hingga masak

Masukkan kicap, serbuk lada sulah seckup rasa

Akhir sekali, masukkan tauhu, cili merah dan daun bawang cina