Nasi Saffron
Bahan—bahan:
Beras Basmathi 300gm
1 biji Bawang besar (dimayang)
10g halia (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
5gm serbuk saffron
Garam secukup rasa
1 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
30gm minyak sapi
500ml air
Hiasan: gajus dan daun pudina
Cara menyediakan:
Masukkan minyak sapi dalam periuk
Tumiskan bawang besar, halia, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
Masukkan beras basmati ke dalam bahan-bahan yang ditumiskan tadi
Masukkan air, serbuk saffron dan garam
Gaul rata dan biarkan nasi masak selama 15 minit
Boleh dihidangkan.
0Awesome Comments!