Kek Suji Badam
Bahan-bahan:
400gm mentega
240gm tepung suji
2 sudu besar susu pekat
1 biji parutan kulit limau
½ biji jus limau oren
4 biji telur
300 gm gula
160 gm tepung naik sendiri
100gm badam kasar
1 sudu kecil perisa vanila
Cara menyediakan:
Putar mentega dan susu hingga kembang
Masukkan tepung suji, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perap satu malam
Pukul telur dan gula hingga kembang, campurkan dalam badam perap. Kacau rata.
Masukkan tepung dan badam cincang. Kacau rata dan tuang dalam loyang
Bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
0Awesome Comments!