Sambal Tauhu Istimewa


Sambal Tauhu Istimewa


Bahan-bahan:

2 batang tauhu Jepun


Bahan A:

20gm cili merah (kisar)

10gm bawang putih (cincang)

½ batang serai (titik)

10gm halia (hiris)

20gm sos cili

20gm sos tomato

5gm serbuk kari

5gm santan

10ml air

 

Bahan B:

1 biji cili merah (hiris)

1 labu bawang besar (dihiris)

Isi Ketam

 

Cara memasak:

Goreng tauhu sehingga kekuningan. Kemudian ketepikan

Tumiskan bahan A, tunggu antara 6 hingga 8 minit sehingga keluar aromanya

Masukkan tauhu yang telah digoreng bersama-sama bahan B. tunggu sehingga 5 hingga 8 minit sebelum diangkat

Sedia dihidang