Rendang Pedas Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol sederhana besar (bersihkan dan dipotong mengikut kesukaan masing-masing)
Bahan dihiris halus:
10 ulas bawang merah
½ inci halia
4 batang serai
6 sudu besar cili kering
1 biji santan
4 sudu besar air asam jawa / 2 keping asam keping
2 helai daun kunyit- hiris halus
4 sudu kerisik
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
Didalam kuali besar, masukkan smua bahan hiris, ikan, cili kering kisar dan santan. (biarkan seketika)
Selepas itu masukkan air asam jawa, kerisik, daun kunyit dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan dan biarkan sehingga separa kering
Hati hati agar ikan tidak hancur.
0Awesome Comments!