AYAM RENDANG THAI


AYAM RENDANG THAI

 

Bahan-bahan:

500gm isi ayam

300ml santan (dari 1 biji kelapa)

10 helai daun limau purut – dihiris

1 biji cili merah – dikisar

20gm rempah cili Thai

Minyak masak

 

Bahan Kisar:

50gm serai

50 gm lengkuas

50 gm bawang merah

50gm bawang putih

25gm belacan

25gm biji ketumbar

10-15 tangkai cili kering

Garam & gula pasir secukupnya.

 

Cara memasak:

Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah cili thai sehingga wangi

Kemudian, masukkan isi ayam dan santan. Kacau seketika dan biarkan sehingga minyak pecah

Bila ayam masak, angkat dan letak dalam pinggan

Taburkan dengan daun limau purut dan cili merah.