BROKOLI CENDAWAN GORENG

BROKOLI CENDAWAN GORENG

 

Bahan-bahan:

20gm brokoli cendawan (jenis kering)

10 tangkai cendawan butang – dipotong

5 ekor udang kertas – dikupas kulit

4 biji bawang putih

4 biji cili padi – dicincang halus

1 biji bawang besar- dihiris

1 tangkai cili merah – dipotong

3 sudu minyak masak

Garam & gula pasir secukup rasa

Air panas secukupnya.

 

Cara memasak:

Rendam brokoli cendawan dalam air panas sehingga lembut. Kemudian dipotong kecil-kecil

Panaskan minyak, tumis bawng putih dan bawang besar hingga naik bau

Masukkan cendawan dan brokoli cendawan. Kacau seketika

Kemudian masukkan cili padi, cili merah, udang garam dan gula. Kacau hingga sebati dan masak.