DAGING GORENG DAUN BAWANG
Bahan-bahan:
100gm daging –dihiris
5 gm daun bawang – dihiris
3 cm halia – dihiris
3 biji bawang putih –ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil minyak bijan
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
Goreng daging dalam minyak panas sehingga setengah garing
Keluarkan 2/3 minyak sebelum masukkan halia dan bawang putih. Kacau hingga naik bau
Kemudian masukkan sos tiram dan air. Kacau rata
Bubuh daun bawang, minyak bijan, garam dan gula sebelum diangkat.
0Awesome Comments!