DAGING MERAH ALA THAI
Bahan-bahan:
100gm daging merah – dihiris & digoreng separuh garing
2 gm lobak merah –dihiris
2gm jagung muda – dihiris
5 biji cili padi – dihiris
3 biji bawang putih – dicincang halus
2 helai daun limau purut
2 sudu besar air
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara memasak:
Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, sos cili, sos tomato, cili kisar, daun limau purut dan cili padi. Tumis sehingga masak.
Masukkan sayuran lain dan air. Kacau hingga mendidih dan sayur empuk
Bubuh daging goreng dan gaul rata
Akhir sekali masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati.
0Awesome Comments!