Goreng kepah berlada
Bahan-bahan:
800gm kepah
80gm cili merah
60gm bawang merah / dikisar halus
40gm bawang putih / dikisar halus
20gm belacan / dikisar halus
30gm serai / dikisar halus
5 gm kunyit hidup /dikisar halus
1 helai daun kunyit
1 liter air asam jawa
100gm cili sos
100gm tomato sos
50gm cili boh
1 liter minyak masak
8gm perasa
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan yang dikisar serta masukkan daun kunyit sehingga naik aroma
Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak lalu masukkan perlahan-lahan air asam jawan yang diperah
Masukkan pula sos cili, tomato sos dan masukkan bahan perasa secukupnya. Kemudian masukkan kepah yang telah digoreng tadi sehingga masak
Apabila masak, angkat dan hidangkan.
0Awesome Comments!